Sunday 30 October 2011

Kumpulan Haiwan

Pengkelasan haiwan mengikut kaedah sains pula dapat dibahagikan kepada dua iaitu:

i) Vertebrata (bertulang belakang)
a. Ikan
b. Amfibia
c. Reptilia
d. Burung
e. Mamalia

ii) Invertebrata (tidak bertulang belakang)
a. Serangga
b. Obor-obor
c. Hydra
d. Mollusca

Ciri-ciri Haiwan

Haiwan merujuk kepada benda hidup yang boleh bergerak. Secara umum, haiwan-haiwan yang berada di sekeliling boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan. Walau bagaimanapun haiwan tidak mampu membuat makanannya sendiri sebaliknya, bergantung kepada sumber luar sebagai makanannyadan tidak mempunyai klorofil. Contohnya sesuatu haiwan memakan sumber tumbuhan dan haiwan lain. Penyesuaian untuk hidup telah menyebabkan haiwan-haiwan berlainan dari segi bentuk antara satu sama lain.
Terdapat beberapa ciri-ciri pengkelasan yang dibuat berdasarkan sifat fizikal haiwan tersebut:
i) Berbulu
ii) Berbulu pelepah
iii) Bersisik
iv) Berkepak
v) Bercengkerang
vi) Berkaki

Selain itu, haiwan juga boleh dikelaskan kepada cara pembiakan iaitu:
i) Beranak
ii) Bertelur
Dan, pengkelasan melalui cara pemakanan, iaitu:
i) Karnivor- haiwan yang makan daging
ii) Omnivor- haiwan yang makan daging dan tumbuhan
iii) Herbivor- haiwan yang makan tumbuhan

Tuesday 25 October 2011